21 TIPS SIMPLE AGAR PENGALAMAN PERTAMA DRIVE KERETA MASUK THAILAND JADI MUDAH

1. Bawa geran original kereta. Atau salinan fotostat depan dan belakang. Sebaiknya yang original. Its okay kalau geran tak update tarikh luput roadtax terkini sebab sekarang renew roadtax tak perlu geran kan.

2. Beli insurans kenderaan Thailand di area Changlun. Untuk kereta biasa selama seminggu minimum, kos Insurans dalam RM 20. Ejen Syarikat Insurans akan isikan borang permit kereta dan senarai penumpang yang ada sekaligus. So jimat masa kita di Imigresen Thailand.

3. Ejen syarikat Insurans pun akan isikan kad arrival dan departure Thailand dengan harga RM2 sekeping untuk. Hanya serahkan paspot kepada ejen tersebut.

4. Sekiranya tiba Changlun lewat malam dan terpaksa cross border awal pagi. Insurans kereta boleh dibeli di Danok (sempadan Thailand), cuma lebih mahal sedikit. Borang arrival/departure serta borang permit kereta boleh didapati di kaunter imigresen juga.

5. Jika kereta yang dipakai adalah kereta pinjam, pemilik asal hendaklah menulis surat kebenaran kepada pemandu untuk dibawa ke Thailand. Surat bahasa Melayu diterima pakai. Sebaiknya pemilik kereta dan peminjam kereta sign di bahagian bawah surat.

6. Sekiranya membawa masuk kereta milik syarikat. Samada enterprise atau Sdn Bhd, sediakan dokumen ssm yang mengatakan pemandu adalah pemilik syarikat tersebut. Atau kereta dibawa oleh staff ke Thailand, surat letterhead syarikat hendaklah digunakan sebagai surat kebenaran masuk ke Thailand.

7. Border Bukit Kayu Hitam dibuka seawal 7 pagi sehingga 12 tengah malam (waktu Malaysia). Namun semasa cuti sekolah atau hujung minggu, orang dah mula beratur seawal 6 pagi. Selepas pukul 10 pagi, border Bukit Kayu Hitam boleh jem sehingga 5-6 jam.

8. Border Wang Kelian paling tak sibuk dan paling old school sekali. Wang Kelian dekat dengan Satun. Tim dan famili sampai di Wang Kelian pukul 11.00 pagi dan kami selesai segala urusan imigresen dan kastam Thailand pukul 1.30 petang. 2 jam setengah woi. Namun orang makin ramai beratur lepas pukul 12 tengahari. Selepas sahaja cop di imigresen Malaysia, parking kereta di belah kiri. Kemudian cop pasport di imigresen Malaysia. Oleh kerana kereta atas nama Tim, so Tim pergi beratur di kastam Thailand manakala husband bawa kereta melepasi kastam Thailand. Bila dah selesai dengan permit, Tim terus naik kereta tka perlu menunggu lagi atau menapak ke tempat parking.

28166451_968693289198_496161565287977147_n

Border Thai-Malaysia Wang Kelian.

9. Sebaiknya sekiranya kereta tengah jem menunggu giliran, orang yang di dalam kereta turun dan berjalan kaki ke Imigresen Thailand untuk cop pasport semua penumpang dan juga isi borang arrival/departure sekiranya perlu. Imigresen di Wang Kelian tak check bilangan orang yang ada. Imigresen Wang Kelian minta RM 1 untuk setiap pasport yang dicop.

10. ‎Sediakan duit RM 10 untuk bayaran permit kereta kepada kastam Thailand. Tanya saja orang sekeliling mana kaunter kastam. Dekat je dengan kaunter imigresen.

11. Stesen minyak terakhir di Wang Kelian adalah Caltex sebelum masuk ke Thailand. Lebih kurang 5/6 km sebelum cross border.

12. Satun adalah bandar kecil dimana majoriti penduduknya beragama Islam. Malah setiap kilometer akan nampak Masjid yang tersergam indah. Suasana di Satun harmoni dan tenteram. Jalan pun lengang dan besar.

Satu jam sahaja perjalanan dari Wang Kelian ke Pak Tam Seafood

13. Next trip, kami target nak ke pulau Koh Lipe dan Tarotao untuk menghayati the Maldives of Thailand serta memanjat bukit di sana.

14. Pak Tam seafood antara tempat yang direkemen pergi. Dibuka untuk lunch sampai ke petang. Makanan seafood yang fresh dan sedap serta momen indah duduk di pondok buluh comel memang awesomeee.

Wang Kelian - Pak Tam Seafood Satun

Satu jam sahaja perjalanan dari Wang Kelian ke Pak Tam Seafood

28168730_968693349078_4368322384816333172_n

Permai rasa makan lunch tengok pantai.

28276493_968693413948_766067837518596706_n

Kami order banyak banyak ni hanya bayar 490 Thai Baht je.

15. Jarak perjalanan Satun dan Hatyai dalam 50 minit. Hatyai lebih padat dengan pelancong dan penuh dengan kenderaan-kenderaan lain. Boleh ambil tuk-tuk dengan charge 20 Baht sekiranya nak berjalan area Hatyai.

Tempat parking kereta di tepi jalan mengikut jadual yang ditetapkan oleh signboard. Contohnya bahu jalan sebelah kanan hanya untuk parking hari ganjil sahaja. Bahu jalan sebelah kiri hanya untuk parking hari genap sahaja. Tanya lokal untuk kepastian boleh parking atau tidak. Caj bayaran untuk parking adalah 20 Baht sejam.

16. Kebanyakan tempat tarikan di Hatyai adalah berbentuk shopping dan makan. Pasar pagi Kim Yong untuk shopping kekacang dan buah-buahan. Floating market untuk shopping makanan. Lee Garden Night Bazaar untuk shopping makanan. Asean Market untuk shopping sovenirs, baju-baju dan barang mainan.

Floating market

Seller di Floating Market akan pakai baju merah tradisi Thailand dengan hiasan bunga di kepala mereka.

Floating market

Banyak makanan yang unik dijual disini.

28378055_968693783208_1540715125207279024_n

Floating market dibuka sampai malam.

Bukan semua gerai yang jual makanan di Lee Garden dan Floating Market sedap. Ada yang kami tak boleh telan langsung dek terlalu masin. Nasib lah labu kalau terkena beli makan kat gerai tak sedap.

Kita boleh minta bargain 20-30% lebih murah dari harga yang dioffer penjual.

17. Jarak Hatyai ke Songhkla dalam 40 minit. Kami sempat melawat Tang Kuan Hill dan Samila Beach. Di Tang Kuan Hill, ada lift disediakan untuk naik ke puncak bukit bagi menikmati pemandangan bandar Songhkla dan Samila Beach.

Tang Kuan Hill

Bangunan merah di Tang Kuan Hill

Tan Kuang Hill Songhkla Hatyai

Posing mosing di atas bukit.

28378870_968693548678_1127535425781734335_n

Banyak tangga di atas bukit.

18. Standby baju mandi untuk beriadah di Samila Beach. Airnya cetek dan pasir ny halus. Memang rugi kalau tak mandi. Kami dapat basahkan kaki je sebab terlupa nak standby baju extra. Huwaaa.

Samila Beach Songhkla Hatyai

19. Banyak kedai makanan seafood yang halal disini. Namun hati-hati kerana menu nya dalam bahasa Thailand. Namun order dalam bahasa Melayu. So bila bayar tu,rasa macam kena cekik darah je. Adudu. Pandai depa ambil kesempatan. Kena tanya harga siap-siap masa order dalam Melayu tu.

20. Samila beach agak crowded dengan tourist. Kalau nak lebih nyaman dan tenang, drive dalam 200m ke arah kanan Samila Beach. Ada pantai yang permai tanpa ramai orang. Cuma tiada fasiliti toilet mahupun kedai makan.

Cat and rat statue at samila beach

Dua patung utama di Samila Beach. Patung Kucing dan Tikus serta Golden Mermaid, kami tak pergi ke Golden Mermaid sebab panaih lit lit.

Samila Beach

Main belon buih di tepi pantai. Syiokkkk

21. Tak sah kalau datang Thailand tak urut badan. Kami urut badan di rumah urut hadapan Hotel New Season. Totally rekemen tempat ini. Tempat ni bersih dan servis bagus. Dia siap ada bilik khas untuk muslim. Malah sebab kami suami isteri, kami diurut di dalam bilik tersebut. Kos urut lipat lipat badan style Thailand 200 Baht untuk satu jam.

Akhir sekali berlapang dada dan banyak banyak berdoa moga dipermudahkan segala urusan di sana tau.